Logo Kelab Lestari Alam

Logo Kelab Lestari Alam

Monday, 21 March 2011

Kelab Lestari Alam

Kelab Lestari Alam ini ditubuhkan untuk menanam semangat cintakan alam yang bersih, indah dan mendamaikan tanpa menolak pembangunan yang telah dijalankan. Oleh itu, diharap, murid mempunyai kesedaran dan menyemat semangat itu di hati sehingga dewasa kelak dan melakukan sesuatu perkara yang tidak akan merosakkan keindahan alam yang kita cintai ini.


1.         LATAR BELAKANG

1.1       Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks  Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek ( JERI ).

2.         RASIONAL

2.1       Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia.
Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan.
Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

2.2       Ingatlah amaran Allah dalam Surah An-Naziaat ayat 30-33 yang bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pasak yang menetapnya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang ternakan kamu.’
Nabi s.a.w pula berpesan yang bermaksud: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)

2.3       Aktiviti kelestarian alam diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.         MATLAMAT

3.1       Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

4.         OBJEKTIF

4.1       Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli
4.2       Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna
4.3       Memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza
4.4       Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
4.5       Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar
4.6       Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
4.7       Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina
4.8       Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)
4.9       Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar
4.10     Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar
4.11     Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi

5.         VISI

5.1       Memastikan keunikan, kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kes­ejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup rakyat masa kini dan akan datang

6.         MISI

6.1       Menggalakkan, meningkatkan dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang baik dalam proses pembangunan negara

7.         PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

7.1       Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, Sekolah dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society)
7.2       Perlembagaan mula berkuatkuasa dari tarikh kelab berdaftar dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia
7.3       Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.
7.4       Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :
i)          mengenal pasti masalah di persekitaran mereka
ii)         mendapatkan maklumat yang perlu
iii)        memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai

8.         BIDANG AKTIVITI BERSEPADU

8.1       Disiplin dan kerohanian
8.2       Kemahiran, teknikal dan kemandirian
8.3       Pengaplikasian sains dan sosial
8.4       Khidmat masyarakat
8.5       Pemuliharaan alam
8.6       Inovasi dan teknologi hijau

9.         PEMANTAUAN

9.1       Pemantauan dijalankan oleh:
                        i.          Penolong Kanan Kokurikulum
                        ii.         Penyelaras bahagian Kelab
9.2       Pemantauan merangkumi:
                        i.          Laporan aktiviti
                        ii.         Laporan kewangan

10.       PENYEDIAAN BUKU LOG

            Setiap murid harus menyediakan sebuah buku log sebagai dokumen persendirian dan diurus dengan sebaik mungkin. Buku log Lestari Alam harus disediakan seperti di bawah:

10.1     Profail murid
10.2     Profail Kelab Lestari Alam
i.          Kesetiaan Lestari Alam
ii.         Logo
iii.        Bendera
iv.        Visi dan misi
10.3     Isi kandungan
10.4     Kurikulum (Bahagikan semua modul kepada 12 kolum)
i.          Kemahiran Biologi
ii.         Teknikal Agronomi
iii.        Kemandirian Hutan
iv.        Sains Botani
v.         Sains Zoologi
vi.        Aktiviti Fossilogi
vii.       Aktiviti Landskaping
viii.      Diskusi Ekologi
                        ix.        Inovasi Kitar Semula
                        x.         Inovasi Alam Sekitar
                        xi.        Teknologi
                        xii.       Hari Alam Sekitar



PERLEMBAGAAN
1          NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR

1.1       Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Lestari Alam
1.2       Alamat berdaftar di peringkat sekolah:
                        SK. Atizoriah 1, Atizoriah, Perak

2.         TUJUAN

Tujuan Kelab Lestari Alam ditubuhkan ialah:
                       
2.1       Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2.2       Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

2.3       Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

2.4       Mempelbagaikan kegiatan berpesatuan di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

2.5       Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

2.6       Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

2.7       Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta masyarakat dan berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

3.         KESETIAAN ALAM SEKITAR

3.1       memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia
3.2       mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan
3.3       melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah

4.         LOGO  DAN PENGERTIAN

            4.1       Logo Kelab Lestari Alam

 
             4.2       Pengertian logo

i.          Perisai melambangkan biji benih yang melindungi benih kehidupan yang boleh digambarkan sebagai keimanan yang melindungi diri daripada gejala yang tidak sihat.
ii.         Daun melambangkan alam sekitar ciptaan Tuhan yang Esa. Harapan dan bekalan.
iii.        Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat dan semangat.
iv.        Warna biru melambangkan ketenangan dan sumber kehidupan atau tanah
v.         Warna kuning melambangkan kehidupan keperbagaian biodiversiti.
vi.        Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

5.         BENDERA DAN PENGERTIAN

            5.1       Bendera Kelab Lestari Alam
5.2       Pengertian bendera Kelab Lestari Alam

i.          Warna putih melambangkan keikhlasan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.

6.         KEAHLIAN

6.1       Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 SK. Mahkota Sari, Gerik  tanpa mengira bangsa, jantina dan kedudukan sosial
6.2       Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan kelab
6.3       Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung
6.4       Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan
6.5       Mestilah memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh kelab

7.         PAKAIAN

7.1       Sesi perjumpaan mingguan    - pakaian seragam sekolah
7.2       Sesi aktiviti kelab                    - Baju T dan seluar trek sukan
                                                                        - Kasut berstoking
                                                                        - Sarung tangan
                                                                        - Topi

8.         JAWATANKUASA

8.1       Guru Besar sebagai penaung kelab
8.2       Guru Penasihat kelab ditetapkan oleh pihak sekolah
8.3       Satu jawatan kuasa mengandungi :
                        i)          Pengerusi                                           
                        ii)         Naib Pengerusi                                   
                        iii)        Setiausaha
iv)        Naib Setiausaha                     
v)         Bendahari                  
vi)        AJK kecil

8.4       Sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan kuasa, jawatan akan dipangku oleh AJK baru atas nasihat Guru Penasihat sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang
8.5       Semua AJK bertanggungjawab mengurus dan mengatur aktiviti-aktiviti kelab dan membuat keputusan mengenai perjalanan kelab.

9.         YURAN

9.1       Wang sebanyak RM5 setahun akan dikutip untuk pendaftaran ahli

10.       LARANGAN

10.1     Kelab dilarang mengadakan hubungan individu dan pertubuhan luar tanpa pengetahuan Guru Penasihat
10.2     Dilarang melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran

11.       PEMBUBARAN

11.1     Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan secara bertulis
11.2     Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng daripada Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

11.       RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN

11.1     Program sekolah dalam taman
11.2     Program penanaman menggunakan baja organik
11.3     Program satu pelajar, satu pokok
11.4     Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesis yang sesuai
11.5     Melabelkan nama-nama saintifik dan nama tempatan pokok
11.6     Projek membuat baja kompos
11.7     Penubuhan stesen pembelajaran
11.8     Penyelenggaraan taman dan alatan


KURIKULUM


1.         KEMAHIRAN BIOLOGI

Matlamat

Melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran untuk merakam kejadian alam dan mendokumentasikannya sebagai simpanan peribadi atau tatapan umum.

TAHUN 3
a) Mencetak
b) Menekap
TAHUN 4
a) Melakar
b) Lakaran berbayang
TAHUN 5
a) Melukis
b) Fotoshoot
TAHUN 6
 a) Menulis rencana
 b) Atur letak

2.         TEKNIKAL AGRONOMI

Matlamat

Memberikan pendedahan awal kepada murid tentang pertumbuhan tumbuhan iaitu organisma penting dalam kelestarian dunia yang bersih dan nyaman. Teknikal Agronomi juga memberikan pendedahan tentang tanaman dan kaedah-kaedah penanaman yang baik.

TAHUN 3
a) Pengenalan biji
     benih
b) Percambahan biji
     benih
TAHUN 4
a) Sebaran biji benih
b) Kaedah pembiakan
     tumbuhan

TAHUN 5
a) Pembentukan biji
     benih
b) Kawalan musuh
TAHUN 6
a) Cantuman mata
     tunas
b) Mengetut

3.         KEMANDIRIAN HUTAN

Matlamat

Sebagai seorang pencinta alam atau ahli alamiah, kebanyakan masa adalah didalam hutan kerana tugasan mengkaji, maka kemahiran untuk tinggal di hutan penting seperti mengenali jenis makanan yang boleh dimakan dan kaedah mencari air serta bahan semulajadi yang boleh dijadikan ubatan.

TAHUN 3
a) Jenis-jenis ikatan
b) Bahan ikatan dan
     gajet

TAHUN 4
a) Kaedah mencari air
b) Mengenali jenis
     awan dan hujan

TAHUN 5
a) Pemakanan
b) Perubatan
c) Memahami masa
TAHUN 6
a) Mencari tapak
     perkhemahan
b) Memasang khemah
c) Menggunakan
    kompas dan
    petunjuk lain

4.         SAINS BOTANI

 Matlamat

Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang tumbuhan dan proses hidupnya.

TAHUN 3
a) Pengelasan
     tumbuhan dan fungi
b) Keperluan asas
     tumbuhan
TAHUN 4
a) Tumbuhan berbunga
b) Tumbuhan tidak
     berbunga

TAHUN 5
a) Fotosintesis
b) simbiosis
     tumbuhan

TAHUN 6
a) Menganggar dan
     memeta tumbuhan
b) Jenis-jenis hutan

5.         SAINS ZOOLOGI

Matlamat

Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang haiwan dan proses hidupnya.

TAHUN 3
a) Pengelasan haiwan
b) Keperluan asas
     haiwan
TAHUN 4
a) Pengenalan haiwan
     kordata
b) Pengenalan haiwan
     invertebrata
TAHUN 5
a) Respirasi
b) Pembiakan

TAHUN 6
a) Kemandirian spesis
b) menganggar dan
     memeta haiwan


6.         AKTIVITI FOSSILOGI

Matlamat

Satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi seterusnya satu kerjaya pada masa hadapan dalam bidang arkeologi dan fossilogi. Murid diajar kaedah mengumpul, merawat, mengelas dan mengkategori serta menyimpan bahan yang dikumpul.

TAHUN 3
a) Mengumpul daun
b) Mengumpul biji
     benih


TAHUN 4
a) Mengumpul pokok
     kecil
b) Mengumpul
     berjenis-jenis Batu

TAHUN 5
a) Mengumpul
     pelbagai bulu
     haiwan
b) mengumpul kulit
     siput
TAHUN 6
a) Mengumpul rangka
     serangga
b) Membuat awetan


7.         AKTIVITI LANDSKAPING

Matlamat

Aktiviti wajib iaitu membina atau menyelenggara satu taman yang mengandungi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang bertujuan untuk memupuk murid cintakan alam sekitar yang bersih dan indah.

TAHUN 3
a) Menanam tanaman
b) Perkebunan

TAHUN 4
a) Aquarium
b) Jenis-jenis ikan dan
     tanaman

TAHUN 5
a) Terarium
b) Kaedah penanaman
TAHUN 6
a) Membina landskap
     darat
b) Membina landskap
     air

8.         DISKUSI EKOLOGI

Matlamat

Diskusi yang disertai tayangan vedio tentang ekologi serta permasalahan yang membelenggu ekosistem dewasa ini.

TAHUN 3
a) Pengenalan ekologi
b) Kitaran hidup
     haiwan dan
     tumbuhan
TAHUN 4
a) Rantai makanan
b) Jaringan makanan
TAHUN 5
a) Kitaran air
b) Kitaran tenaga

TAHUN 6
a) Pencemaran
b) Pemuliharaan


9.         INOVASI KITAR SEMULA

Matlamat

Satu aktiviti inovasi iaitu menghasilkan barangan yang baru dari hasil buangan. Pada peringkat ini, murid didedahkan kepada inovasi yang mudah dan bahan yang mudah ditemui.

TAHUN 3
a) Kertas – manik surat
     khabar
b) Kertas – Origami
TAHUN 4
a) Kayu – Bingkai
     gambar
b) Botol plastik - 
     Tempat letak pensel
TAHUN 5
a) Plastik – Bunga
     straw
b) Botol kaca - Vas
TAHUN 6
a) Logam - Penindih
      kertas
b) Kain - Beg


10.       INOVASI ALAM SEKITAR

Matlamat

Pengenalan kepada inovasi orang-orang dahulu yang menggunakan bahan semulajadi sebagai barangan keperluan masa itu.

TAHUN 3
a) Daun – Bunga daun
     getah
b) Daun – Tikar pandan

TAHUN 4
a) Batang – Kelarai lidi
     kelapa
b) Batang – Kraf buluh
TAHUN 5
a) Batang – Bubu rotan
b) Batang – Kraf kayu
     terbuang
TAHUN 6
a) Tanah liat – Manik
     dan perhiasan
b) Tanah liat - Pasu
     buatan tangan

11.       TEKNOLOGI HIJAU

Matlamat

Pengenalan kepada konsep tenaga diperbaharui. Murid membina model sebenar untuk menerangkan fungsi tenaga diperbaharui dan memahami tentang kecekapan tenaga dalam penggunaan tenaga seharian.

TAHUN 3
a) Tenaga suria
b) Teknologi tenaga
     suria
TAHUN 4
a) Tenaga angin
b) Teknologi tenaga
     angin
TAHUN 5
a) Tenaga air
b) Teknologi tenaga air
TAHUN 6
a) Tenaga biofuel
b) Teknologi tenaga
     biofuel

12.       HARI ALAM SEKITAR

Matlamat

Menanam minat kepada murid agar mencintai persekitaran yang bersih dan berusaha mengekalkan keindahan alam tanpa menolak pembangunan yang dirancang.

              - Program pembebasan burung atau ikan
              - Program menanam pokok
              - Program kitar semula (pengumpulan dan penjualan)
              - Program sungai bersih
              - Program pengumpulan spesimen
              - Tayangan dokumentari tentang pencemaran dan pemuliharaan
              - Tayangan dokumentari tentang tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
              - Pameran hasil kitar semula dan hasil alam
              - Jualan barangan guna semula
              - Gotong royong membersihkan kawasan sekolah


PENGISIAN

1.         KEMAHIRAN BIOLOGI


Matlamat

Melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran untuk merakam kejadian alam dan mendokumentasikannya sebagai simpanan peribadi atau tatapan umum.

TAHUN 3
a) Mencetak

            Murid mencetak corak-corak daun, buah, kulit kayu dan sebagainya dengan cara melekatkan dakwat hitam ataun warna pada permukaan yang hendak di cetak lalu dicetak di atas kertas atau terus dicetak ke dalam buku log sebagai bukti aktiviti. Risiko aktiviti ini ialah terpaksa menunggu dakwat cetakan kering. Oleh itu cetakan hendaklah dijemur di bawah pancaran cahaya matahari agar cepat kering. Pastikan setiap cetakan di catat nama objek dan nama tempat ditemui.

b) Menekap

TAHUN 4
a) Melakar
b) Lakaran berbayang


TAHUN 5
a) Melukis
b) Fotoshoot


TAHUN 6
 a) Menulis rencana
 b) Atur letak



2.         TEKNIKAL AGRONOMI

Matlamat

Memberikan pendedahan awal kepada murid tentang pertumbuhan tumbuhan iaitu organisma penting dalam kelestarian dunia yang bersih dan nyaman. Teknikal Agronomi juga memberikan pendedahan tentang tanaman dan kaedah-kaedah penanaman yang baik.

TAHUN 3
a) Pengenalan biji benih
b) Percambahan biji benih

TAHUN 4
a) Sebaran biji benih
b) Kaedah pembiakan tumbuhan

TAHUN 5
a) Pembentukan biji benih
b) Kawalan musuh

TAHUN 6
a) Cantuman mata tunas
b) Mengetut



3.         KEMANDIRIAN HUTAN

Matlamat

Sebagai seorang pencinta alam atau ahli alamiah, kebanyakan masa adalah didalam hutan kerana tugasan mengkaji, maka kemahiran untuk tinggal di hutan penting seperti mengenali jenis makanan yang boleh dimakan dan kaedah mencari air serta bahan semulajadi yang boleh dijadikan ubatan.


TAHUN 3
a) Jenis-jenis ikatan
b) Bahan ikatan dan gajet

TAHUN 4
a) Kaedah mencari air
b) Mengenali jenis awan dan hujan

TAHUN 5
a) Pemakanan
b) Perubatan
c) Memahami masa

TAHUN 6
a) Mencari tapak perkhemahan
b) Memasang khemah
c) Menggunakan kompas dan petunjuk lain


4.         SAINS BOTANI

Matlamat

Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang tumbuhan dan proses hidupnya.

TAHUN 3
a) Pengelasan tumbuhan dan fungi
b) Keperluan asas tumbuhan

TAHUN 4
a) Tumbuhan berbunga
b) Tumbuhan tidak berbunga
TAHUN 5
a) Fotosintesis
b) simbiosis tumbuhan

TAHUN 6
a) Menganggar dan memeta tumbuhan
b) Jenis-jenis hutan


5.         SAINS ZOOLOGI


Matlamat

Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang haiwan dan proses hidupnya.

TAHUN 3
a) Pengelasan haiwan
b) Keperluan asas haiwan

TAHUN 4
a) Pengenalan haiwan kordata
b) Pengenalan haiwan invertebrata

TAHUN 5
a) Respirasi
b) Pembiakan


TAHUN 6
a) Kemandirian spesis
b) menganggar dan memeta haiwan


6.         AKTIVITI FOSSILOGI

Matlamat

Satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi seterusnya satu kerjaya pada masa hadapan dalam bidang arkeologi dan fossilogi. Murid diajar kaedah mengumpul, merawat, mengelas dan mengkategori serta menyimpan bahan yang dikumpul.

TAHUN 3
a) Mengumpul daun
b) Mengumpul biji benih

TAHUN 4
a) Mengumpul pokok kecil
b) Mengumpul berjenis-jenis Batu

TAHUN 5
a) Mengumpul pelbagai bulu haiwan
b) mengumpul kulit siput

TAHUN 6
a) Mengumpul rangka serangga
b) Membuat awetan

7.         AKTIVITI LANDSKAPING

Matlamat

Aktiviti wajib iaitu membina atau menyelenggara satu taman yang mengandungi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang bertujuan untuk memupuk murid cintakan alam sekitar yang bersih dan indah.

TAHUN 3
a) Menanam tanaman
b) Perkebunan

TAHUN 4
a) Aquarium
b) Jenis-jenis ikan dan tanaman

TAHUN 5
a) Terarium
b) Kaedah penanaman

TAHUN 6
a) Membina landskap darat
b) Membina landskap air

8.         DISKUSI EKOLOGI

Matlamat

Diskusi yang disertai tayangan vedio tentang ekologi serta permasalahan yang membelenggu ekosistem dewasa ini.

TAHUN 3
a) Pengenalan ekologi
b) Kitaran hidup haiwan dan tumbuhan

TAHUN 4
a) Rantai makanan
b) Jaringan makanan

TAHUN 5
a) Kitaran air
b) Kitaran tenaga

TAHUN 6
a) Pencemaran
b) Pemuliharaan

9.         INOVASI KITAR SEMULA

Matlamat

Satu aktiviti inovasi iaitu menghasilkan barangan yang baru dari hasil buangan. Pada peringkat ini, murid didedahkan kepada inovasi yang mudah dan bahan yang mudah ditemui.

TAHUN 3
a) Kertas – manik surat khabar
b) Kertas – Arca dari surat khabar

TAHUN 4
a) Kayu – Bingkai gambar
b) Kayu – Ukiran kayu

TAHUN 5
a) Plastik – Bunga straw
b) Plastik -

TAHUN 6
a) Logam
b) Logam


10.       INOVASI ALAM SEKITAR

Matlamat

Pengenalan kepada inovasi orang-orang dahulu yang menggunakan bahan semulajadi sebagai barangan keperluan masa itu.

TAHUN 3
a) Daun – Bunga daun getah
b) Daun – Tikar pandan

TAHUN 4
a) Batang – Bidai batang perun
b) Batang – Barangan buluh

TAHUN 5
a) Batang – Perabut rotan
b) Batang – Kraf kayu terbuang

TAHUN 6
a) Tanah liat – Manik dan perhiasan
b) Tanah liat - Pasu buatan tangan


11.       TEKNOLOGI HIJAU

Matlamat

Pengenalan kepada konsep tenaga diperbaharui. Murid membina model sebenar untuk menerangkan fungsi tenaga diperbaharui dan memahami tentang kecekapan tenaga dalam penggunaan tenaga seharian.

TAHUN 3
a) Tenaga suria
b) Teknologi tenaga suria

TAHUN 4
a) Tenaga angin
b) Teknologi tenaga angin

TAHUN 5
a) Tenaga gelombang
b) Teknologi tenaga gelombang

TAHUN 6
a) Tenaga biofuel
b) Teknologi tenaga biofuel

12.       HARI ALAM SEKITAR

Matlamat

Menanam minat kepada murid agar mencintai persekitaran yang bersih dan berusaha mengekalkan keindahan alam tanpa menolak pembangunan yang dirancang.

- Program pembebasan burung atau ikan
- Program menanam pokok
- Program kitar semula (pengumpulan dan penjualan)
- Tayangan dokumentari tentang pencemaran dan pemuliharaan
- Tayangan dokumentari tentang tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga
- Pameran hasil kitar semula dan hasil alam
- Jualan barangan guna semula
- Gotong royong membersihkan kawasan sekolah
LAMPIRAN

1.         PROGRAM SEKOLAH LESTARI

1.1.      DUA JENIS PENILAIAN

i.                    Pensijilan (Peringkat Negeri)
Sekolah rendah dan menengah yang berpotensi mencapai status Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar akan dinilai mengikut pencapaian di dalam tiga komponen (pengurusan, kokurikulum, kurikulum) meng­gunakan Penunjuk Boleh Ukur (PBU) yang telah ditetapkan.
ii.         Penganugerahan (Peringkat Kebangsaan)
Penilaian untuk penganugerahan akan dibuat di peringkat kebangsaan. Hanya sekolah yang telah menerima sijil Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (di Peringkat Negeri) boleh dicalonkan untuk di pering­kat kebangsaan menggunakan Penunjuk Boleh Ukur (PBU) yang telah

1.2.      PENUNJUK BOLEH UKUR

A.         Organisasi Sekolah Lestari
i.                    Mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras berunsur sekolah lestari.
ii.         Keahlian Jawatankuasa Penyelaras terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru, staf sokongan dan wakil pelajar.
iii.        Kekerapan mengadakan mesyuarat
iv.        Mempunyai fail dan minit mesyuarat

B.         Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan
i.          Perancangan Program dan Aktiviti
• Penganjuran program kefahaman dan kesedaran
• Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan dan papan kenyataan.
• Kandungan, Kaedah dan Rujukan.
• Mengadakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang berkaitan dengan alam sekitar.
• Memberi pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melak­sanakan program pendidikan alam sekitar.
ii.                  Prasarana Pembelajaran
• Ruang prasarana pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
• Sistem pembangunan maklumat alam sekitar.
iii.                Bajet Sekolah Lestari
• Sumber dan penjanaan kewangan.
• Penyediaan belanjawan.
• Pelaporan kewangan.
iv.                 Pembentukan Jaringan Bersama Pihak Berkepentingan
• Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan pihak berkepentingan di luar sekolah untuk melaksanakan program pendidikan alam sekitar.
• Merancang aktiviti penyebaran dan perkongsian maklumat dan nilai-nilai murni alam sekitar kepada masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar.

C.         Sistem Pemantauan
i.          Mempunyai kaedah tersendiri untuk memantau pelaksanaan strategi dan pelan tindakan.
ii.         Membangunkan sistem audit berdasarkan kaedah penilaian yang ditetapkan.

D.         Sistem Pelaporan
i.          Menyediakan laporan kemajuan program dan aktivti.
ii.         Memajukan laporan kepada Jawatankuasa


1.3.      PENILAI PERINGKAT NEGERI

A.         KURIKULUM
                        i.          Pengajaran dan Pembelajaran
ii.         Kajian soal selidik pelajar sekolah.
iii.        Pembangunan keupayaan guru
iv.        Penglibatan dan penganjuran program/ bengkel / seminar untuk mendedahkan pendidikan alam sekitar kepada guru.
(Komponen ini tidak dinilai untuk pensijilan dan penganugerahan)10 Keluaran Mac/Jun 2005

B.         KOKURIKULUM
1.         Aktiviti dan projek penghijauan oleh kelab dan per­satuan selain daripada kelab/persatuan alam sekitar
2.         Pengakap, kadet, PBSM dan kelab komputer dan sebagain­ya
3.         Projek kesedaran
4.         Gotong Royong
5.         Bantuan masyarakat
6.         Seminar
7.         Ceramah
8.         Sambutan Hari Alam Sekitar / Hari Bumi
9.         Pameran
10.       Program Taman Angkat
11.       Program Kitar Semula :
• Minggu Baik-pulih
• Hari Kitar Semula
12.       Menganjurkan Permainan atau Sukan bertemakan Alam Sekitar seperti Larian Hijau, Enviro-Hunt, Enviro-Walk dan Enviro-Bike
13.       Penglibatan kelab/persatuan dalam aktiviti dan projek
14.       Pembangunan maklumat alam sekitar
i.          Sudut maklumat
ii.         Bahan rujukan, multimedia dan tapak web

15.       Jaringan
i.          Antara kelab dan persatuan di sekolah
ii.         Antara sekolah-sekolah
iii.        Antara sekolah dan komuniti setempat
iv.        Antarabangsa.
16.       Pembangunan keupayaan
17.       Lawatan sambil belajar
18.       Perkhemahan/Ekspedisi/Kembara ke tempat yang bercirikan alam semulajadi
19.       Ceramah / Bengkel / Seminar/ Latihan kepada pelajar, guru dan kakitangan
20.       Penyertaan Pertandingan seperti:
• Debat alam sekitar
• Drama
• Puisi
• Lukisan
• Esei dan sebagainya.
21.       Sistem pelaporan
i.          Borang laporan
ii.         Papan makluman
22.       Laporan tahunan dalam bentuk:
• Kertas; atau/dan
• Laman web; atau/dan
• Multimedia

1.4.      PENGHIJAUAN

A.         Strategi dan pelan tindakan penghijauan
i.          Strategi
ii.         Pelan tindakan
iii.        Pelaksanaan
iv.        Hasil
B.         Sistem pengurusan taman
i.          Sumber manusia
ii.         Pelan pengurusan
iii.        Jadual bertugas
iv.        Tatacara pengurusan
C.         Pemantauan kesihatan habitat taman
D.         Reka bentuk taman
E.         Keadaan lanskap taman
F.         Kebersihan taman
G.         Susun atur taman
H.         Proses Implementasi penghijauan seperti:
i.          Program penanaman menggunakan baja organik
ii.         Program satu pelajar satu pokok
iii.        Program penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan
spesies pokok-pokok tertentu
I.          Melabelkan nama-nama saintifik dan tempatan pokok
J.          Projek membuat baja kompos
K.         Penubuhan stesen pembelajaran
L.         Penyelenggaraan kawasan padang
M.        Pengurusan sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan penjimatan penggunaan:
i.          Air
ii.         Tenaga elektrik
iii.        Bahan pakai habis seperti kertas, dakwat pencetak.
v.                   Sisa pejabat, bilik darjah, kantin, makmal dan bengkel.
vi.        Saranan penjimatan melalui :
• Notis
• Papan kenyataan
• Poster
• Pengumuman
N.         Pemantapan sikap guru, pelajar dan kakitangan sekolah terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam seki­tar
O.        Penganjuran latihan di sekolah berkaitan alam seki­tar
P.         Penggunaan produk dan teknologi hijau seperti:
i.          Sistem pengumpulan air hujan
ii.         Alat tenaga solar
iii.        Baja organik


1.5.      KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan dan kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang berkaitan alam sekitar:
i.                    Peringkat daerah
ii.                  Peringkat negeri
iii.                Peringkat kebangsaan
iv.                 Peringkat antarabangsa


1.6.      ELEMEN KHAS

i.          Markah bonus diberikan kepada kreativiti, keunikan dan komitmen sekolah.
ii.         Sekolah melakukan sesuatu atau projek atas inovasi dan inisiatif sendiri yang mendatangkan faedah kepada sekolah dan masyarakat setempat.
Sekolah rendah dan menengah yang mencapai markah tertinggi akan diberikan sijil/anugerah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan